Friday, January 28, 2011

ARTIKEL-Air Sebagai Nikmat Allah

Air di dalam kehidupan amat penting dan begitu besar maknanya. Mekanisme kehidupan yang kompleks tidak mungkin dapat berfungsi hanya dalam satu lingkungan selain dalam lingkungan cair, dan satu-satunya cairan itu adalah air. Sebahagian besar bumi kita adalah air, bahkan sebahagian besar daripada diri kita sebagai manusia juga adalah air. Menarik untuk diketahui bahawa air merupakan tiga perempat daripada bahagian bumi dan diri manusia juga memiliki jumlah air yang serupa dalam tubuh.

Kepentingan tersebut amat selari dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“…Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan daripada air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” 
(al-Anbiya: 30) 

Ini bererti segala yang hidup memerlukan air dan pemeliharaan serta pemuliharaan segala hidupan adalah dengan air. Bagaimanapun, hari ini apa yang sudah terjadi dengan air sungai yang kotor dan berbau najis, pencemaran demi pencemaran terus berlaku dengan rakusnya akibat tangan-tangan manusia itu sendiri.

Justeru, kegagalan manusia memenuhi kehendak Allah s.w.t dalam menjalin hubungan dengan alam sekitar akan menyebabkan munculnya gejala ketidakseimbangan ekologi, kerosakan-kerosakan alam, banjir, kemarau dan lain-lain lagi. Ini adalah implikasi daripada aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri.

Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud: 

“Tiga perkara yang tidak boleh disekat (daripada penggunaan ramai) adalah air, padang ragut dan juga api.”

Ini bererti segala yang hidup memerlukan air dan pemeliharaan serta pemuliharaan segala hidupan adalah dengan air. Bagaimanapun, hari ini apa yang sudah terjadi dengan air sungai yang kotor dan berbau najis, pencemaran demi pencemaran terus berlaku akibat tangan-tangan manusia itu sendiri. 

Banyak faktor yang mengakibatkan terjadinya kemusnahan alam dan pencemaran sungai di merata-rata tempat sekarang ini. Faktor yang paling utama adalah kerana perbuatan manusia yang mudah sekali membuat kerosakan dan menjauhi peraturan-peraturan daripada Pencipta-Nya baik dalam sikap, cara berfikir mahupun bertindak. 

Oleh sebab sumber bencana itu datangnya daripada diri manusia, dan cara mengatasinya pula haruslah daripada manusia itu sendiri. Penyalahgunaan alam sekitar atau lebih tepat lagi mengeksploitasi alam sekitar mengikut hawa nafsu akan menyebabkan ketidakseimbangan unsur-unsur di alam ini. Allah s.w.t telah menegaskan bahawa setiap ciptaan-Nya adalah mengikut kadar yang seimbang (tawazun). 

Justeru, kegagalan manusia memenuhi kehendak Allah s.w.t dalam menjalin hubungan dengan alam sekitar akan menyebabkan munculnya gejala ketidakseimbangan ekologi, kerosakan-kerosakan alam, banjir, kemarau dan lain-lain lagi. Ini adalah implikasi daripada aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri. 

Membuang najis ke dalam air yang tidak mengalir adalah dilarang oleh Islam. Apatah lagi membuang sisa-sisa toksid, bahan buangan dari kilang-kilang ke dalam air yang akhirnya akan membahayakan orang ramai juga diri si pencemar itu sendiri. 

Kita perlu memetik pengajaran daripada persoalan air ini. Antara lain, bahawa walau air selalu mengalir ke tempat yang rendah, dan mengambil bentuk bekas yang memuatkannya, namun amat kuat serta gagah dan semua makhluk memerlukannya. Janganlah cuba-cuba membendung air, ia akan berputar dan berputar, menggerakkan segala yang berada di sekitarnya. Ia juga akan selalu mencari jalan keluar dari apa yang membendung laluannya. Apabila terus dibendung, pada akhirnya ia akan meledakkan penghalangnya dan memusnahkan semua yang ada di sekelilingnya. 

Demikianlah, semua kerosakan yang ada di dunia ini bersumber daripada kezaliman umat manusia, dan semua kehancuran yang terjadi di alam semesta ini adalah lantaran kejahatan umat manusia. Justeru, azab Tuhan yang turun itu merupakan refleksi daripada kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh manusia. Manusia tidak menjadi amanah lagi pada diri sendiri, pada alam, pada tuhannya dan menjadi sombong dan merasakan dialah yang paling kuat dan gagah. 

Manusia kemudian tidak mahu bersyukur atas nikmat-Nya, suka membantah, melampui batas dan berlaku zalim, tapi sekali gus bodoh terhadap dirinya sendiri. 

Renungilah bersama akan hakikat ini. Barangkali dapat kita amati salah satu iktibar terhebat dalam sejarah keagungan zaman silam; bagaimana Siti Hajar dan Ismail yang terlontar di padang pasir, disebabkan pancutan air dari hentakan tapak kaki Ismail, telah merintis kepada terbinanya sebuah tamadun yang gemilang. Alangkah hebatnya kurniaan Allah s.w.t itu.

Sumber : http://ummatanwasatan.net

8 comments:

  1. Bygknla nikmat yg kita terima ini akan ditarik oleh Allah s.w.t..

    ReplyDelete
  2. sebab tu kita kena bersyukur atas rahmat, nikmat dan kurnia Allah..agar ia tidak di tarik balik dlm hidup kita.

    ReplyDelete
  3. ya, kita hendaklah bersyukur atas segala anugerah kurniaan Allah swt...jangan mensia-siakan nikmat yang hebat ini....

    ReplyDelete
  4. guna nikmat yg diberi ni dengan sebaik2nya...manfaatkan nikmat Allah....

    ReplyDelete
  5. sama-samalh menghyti setiap kejadian ALLAH SWT...dan sehrusny kt mensyukuri setiap cptaannya dgn mjaga dan memelihara sebaik-baikny tanpa meroskkn sumber kehidpn di muka bumi ini....

    ReplyDelete
  6. air sangat penting dalam kehidupan...tanpa air, maka tiadalah kehidupan...kita sebagai khalifah hendaklah menjaga amanah Allah ini....

    ReplyDelete
  7. air merupakan sumber kegunaan yang menjadikan keutamaan dan hidup. tak kira dimana kita berada dan era mana..

    ReplyDelete
  8. Best 777 Casino in Las Vegas, NV - Mapyro
    777 경산 출장안마 Casino at the Rio 거제 출장마사지 Hotel Las Vegas is the newest 동해 출장마사지 and 대구광역 출장샵 most luxurious hotel on the Las Vegas Strip and features 부천 출장안마 an on-site casino, a full-service

    ReplyDelete