Tuesday, November 30, 2010

FAKTA DAN KHASIAT AIR


Berikut adalah hasil kajian tentang Khasiat Air adalah untuk dijadikan amalan harian kita dan anak-anak.

PEMAHAMAN-PEMAGAMAN ASAS

Elok jika kita sama-sama menyedari bahawa tubuh badan kita yang  zahir ("physical") termasuk otak dan sistem saraf manusia dibina dengan jutaan sel (75 trillion). Setiap satu memerlukan makanan, oksigen, mengalami proses penghazaman, pembuangan, pembinaan, dan mati.

SEL-SEL OTAK & CARA-CARA IA BERFUNGSI
 
"Sel-sel itu dibina, hidup, berfungsi, makan, perlu dibersihkan ..." Sel-sel wujud dan berfungsi sebagai organ-organ yang hidup dan mempunyai jentera-jentera yang mutlak. Mereka memerlukan bahan pembinaan (protin atau asid amino dan lemak), bahan tenaga (glukos dan oksigen), bahan 'pelincir' dan 'katalisator' (enzim, co-enzim, vitamin, zat galian, dll.), bahan penghantar dan pembesar (hormon, asid nitric), dan air serta suhu yang tepat.
Bahan-bahan dibekalkan melalui proses penukaran di sempadan darah dengan sel  (blood-brain barrier) dan digunakan melalui proses-proses receptor-transfer bagi sel-sel badan, dan melalui synapse-transfer bagi sel-sel otak-saraf di mana tindakan-tindakan yang terlibat di dalam proses transmissi dan rangkaian berlaku.

Bahan-bahan ini juga mesti wujud dan hadir dalam sukatan, pati kepekatan, campuran dan jenis yang tertentu pada setiap detik. Ia juga mengambil kira fungsi-fungsi yang perlu dilakukan berdasarkan stimulasi atau desakan yang timbul pada detik-detik waktu itu. Jika faktor-faktor ini tidak wujud, fungsi-fungsi yang dihasilkan tidaklah mempunyai kekesanan yang sempurna.
 
Dalam semua proses-proses ini, AIR merupakan bahan yang amat penting selaku transport system dan landasan kimia (chemical base) memandangkan sel-sel berfungsi dalam bentuk proses-proses kimia dan elektrik. Oleh sebab-sebab ini dan keterangan berikut, AIR amatlah penting, dan kita perlu memenuhi keperluannya.

'AIR' ITU MAKANAN & PENAWAR

Sel-sel dan tisu-tisu dalam badan kita memerlukan AIR untuk :

1.   Proses penghadaman
2.   Mengangkut zat makanan dan oksigen ke sel-sel
3.   Mengangkut dan membuang bahan-bahan racun
4.   Menyejukkan suhu badan
5.   Melembutkan dan melincirkan sendi-sendi
6.   Memecahkan lemak dan mengangkut atau membuangnya

Jika bekalan AIR berkurangan, masalah-masalah berikut akan timbul:

1.   Darah bertambah pekat dan alirannya akan terganggu
2.   Bila pekat, sel-sel immune mengalami kesukaran bergerak dan memerlukan lebih          
       banyak tenaga. Akibatnya, sistem ketahanan ("immune system") tergugat.
3.   Bahan-bahan racun dalam badan tidak dapat dialirkan keluar
4.   Organ-organ tidak cukup air untuk disiram (atau 'flush')
5.   Masalah batu karang mudah timbul
6.   Lemak mudah terlekat di tisu-tisu: akibatnya - mudah gemuk
7.    Otot-otot bertambah lembek dan tidak kental atau kuat
8.    Proses dan mutu penghadaman akan merosot
9.    Bahan-bahan makanan yang tidak dihadam menjadi busuk
10.  Kelebihan racun yang tidak dibuang menggugat sel-sel
11.   Kerana sel-sel tergugat, kelebihan air akan bertakung
12.  Vitamin, zat galian dan enzim-enzim lain tidak dapat diproses dan tidak dapat 
       disalurkan  ke sel-sel dan tisu-tisu.

 
SISTEM IMMUNE & KESELAMATAN BUAH PINGGANG

Anak kita pernah makan makanan yang mengandungi banyak gula atau garam. Banyak juga makanan yang mengandungi karbohidrat (potato chips, french fries, dsb). Makanan-makanan seperti ini membuat darah bertambah pekat. Ia menggugat perjalanan sel-sel immune yang bertugas membunuh bakteria atau virus. Kesannya: sistem ketahanan menjadi lemah.

Lebih dari itu, hal-hal ini membuat buah pinggan perlu bekerja lebih kuat (oleh sebab terpaksa memproseskan darah yang bertambah pekat) dan ini labat-laun memecahkan tubules dalam buah pinggang yang diperlukan untuk menapis. Jika tubules rosak, proses tapisan akan tergendala. Banyak problem … kidney failure … dialysis .. dll.

Anak juga tidak digalakkan minum mineral water kerana (selain dari harga yang mahal) mineral yang berlebihan menimbulkan masalah yang serupa kepada buah pinggang dan tubules-nya.

KEPERLUAN AIR SETIAP HARI

*    Dewasa memerlukan 8-15 gelas air sehari; bagi anak … 8-10.
*    Jika bersenam atau semasa cuaca panas, air ditambah 13-14 gelas sehari
*    Bagi orang-orang yang berat badannya berlebihan, tambahan diperlukan setiap hari,          iaitu  1 gelas ditambah bagi setiap 10-11kg berat badan yang berlebihan.

JANGAN MAKAN BERULAMKAN AIR
 
Kami juga galakkan anak minum sebelum atau selepas makan. Jangan minum semasa makan kerana air akan mencairkan asid yang diperlukan untuk penghadaman. Jika makanan tidak lengkap dipecahkan oleh asid, ia menjadi "pekasam", busuk dan sumber pembiakan bakteria.

ADAB & SUNNAH

 
Kita juga perlu menjaga adab meminum dengan Basmallah, sedikit-dikit, jangan teguk sekali gus, dan peganglah gelas dengan tangan kanan.
Wallahu`alambissawab

Mansor Haji Sukaimi
Konsultan NURY

No comments:

Post a Comment