Tuesday, January 18, 2011

BERSAMA MENGELAKKAN KRISIS AIR YANG BERLAKU, 1 Februari 2011



Menurut  laporan akhbar baru-baru ini, krisis air bakal berlaku pada tahun ini ekoran daripada tanda kemarau di seluruh negara. Sejarah krisis air yang berlaku di Melaka pada tahun 1990 dan kemudiannya krisis yang sama menimpa penduduk Selangor lapan tahun berikutnya, sudah cukup menbebankan penduduk. Bagi mereka yang telah mengharungi pahit-getir hidup tanpa bekalan air, igauan buruk ini sudah tentunya diharapkan tidak akan berulang. Sewajarnya pihak kerajaan mempunyai jalan penyelesaian dan cadangan dalam menangani kemelut yang bakal melanda penduduk di Malaysia.

Sebagaimana yang kita ketahui air adalah sumber kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “..dan kami jadikan dari air tiap-tiap benda hidup”(surah al-anbiya, ayat 27). Ayat ini jelas menunjukkan bahawa menjadi tanggungjawab kita menjaga air supaya ia sentiasa selamat dan tidak tercemar. Dan diantara bukti kekuasaan Allah ialah didalam surah As-sajdah ayat 27, Allah s.w.t berfirman: dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternakan mereka dan mereka sendiri. Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati semuanya itu supaya taat dan bersyukur. Ayat ini jelas menerangkan bahawa air merupakan sumber yang penting bagi kehidupan di bumi, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama memelihara segala nikmat yang di berikan oleh Yang Maha Kuasa.

Mengikut fakta, 75% tubuh manusia terdiri daripada cecair, hanya 25% daripadanya ialah pepejal. Melalui beberapa proses seperti pepeluhan dan pernafasan  tubuh kita akan kehilangan 10 gelas air sehari. Seandainya tidak diganti dengan air yang bersih dan selamat, manusia akan mati dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengganggarkan 2010, kurang 1 bilion manusia akan menghadapi masalah kekurangan air untuk diminum. Dijangka pada tahun 2030 lebih 3 bilion manusia menghadapi krisis air. Untuk memenuhi keperluan kehidupan manusia kerajaan terpaksa membayar harga yang sangat tinggi untuk mendapatkan air pada masa hadapan.

Secara kesimpulannya, menjadi tanggungjawab kita bersama agar isu krisis air yang  melanda negara kita ini sentiasa dapat dielakkan. Semua pihak perlu mengambil bahagian dan  berganding bahu agar isu seperti dapat diatasi.

Sumber Rujukan:

Disediakan Oleh : Rafidah Atikah ( Pelatih PPIM dari USIM ) 

8 comments:

  1. Ksedaran akn timbul apbila musibah menimpa.. itulah sikap msyrakat kita skrg nie.. btul x?

    ReplyDelete
  2. malapetaka semakin menjadi2..insaf lah wahai manusia...

    ReplyDelete
  3. perkara seperti ini berlaku sebab sikap manusia itu sendiri,,,kita sebagai khalifah di muka buni ini bukannya merosakkan sebaliknya memelihara serta memulihara di samping memanfaatkan sebaik-baiknya anugerah Allah ini...

    ReplyDelete
  4. Perlu ada kesedaran dalam diri masing-masing tentang kepentingan air dalam kehidupan.

    Beringat sebelum terlambat..

    ReplyDelete
  5. hm...kebanyakan daripada kita suka mcmni...
    \Bila dah kena pd diri sendiri barula nk sedar...

    ReplyDelete
  6. sentiasa bermuhasabah diri agar mnegingati akan kesilapan diri dan menginsafinya....

    ReplyDelete
  7. Keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan sumber air yang merupakan anugerah Tuhan perlu dipertingkatkan dengan memelihara dan memulihara sumber tersebut agar ia sentiasa bersih dan kita sebagai pengguna seharusnya menghargai setiap titisan air yang digunakan.

    ReplyDelete
  8. sentiasa berdoa, mohon petunjuk serta belas kasihan dari Allah....hanya Allah yang akan menentukan segalanya...jangan cepat berputus asa...tawakal tu 'alallah..

    ReplyDelete