Amanat Hargai Air Demi Alam Sekitar
Titisan air memberi harapan
Aliran air jamin masa depan
Anugerah Alam Untuk kehidupan
Hargailah air tanpa pembaziran
Dari awal sampai ke akhir
Sungai cemar jauh mengalir
Kerosakan Alam kita khuatir
Anak cucu kepupusan sumber Air
Anak monyet mati kehausan
Syabas diucap pandai berurusan
Alam sekitar amanah warisan
Iltizam penjimatan jadikan wawasan
Pengguna bijak membuat lawatan
Perbuatan membazir amalan syaitan
Perlakuan berjimat membawa keberkatan
Pertahan alam sekitar menjadi tuntutan
Air itu nikmat Allah
Guna ia dengan cermat
Hidup amal penuh barakah
Menjadi insan mendapat nikmat
Angin, api, air dan tanah
Kita tanggung amanah Allah
Jadilah hamba pemegang amanah
Taat dan akur pada perintah
air merupakan sumber asli yang tidak dapat dipisahkan terhadap manusia dan juga hidupan lain.Benarlah kata org tua2,xder api blh lagi tahan,xder air seksa sangat
ReplyDeleteJangan disia nikmat yang ada,
ReplyDeleteKelak ditarik oleh yg MAHA KUASA,
Kita di sini hidup sementara,
Air yg ada jgn dipersia.
Anak kita masa depan negara,
jika air dipersia merana mereka,
Ini kerana amalan tidak mulia,
Kelak membakar diri kita jua.
Kita perlu menjaga kualiti air, jika kita menggunakan air yang tercemar ia akan memberi kesan negatif pada kesihatan kita..
ReplyDeletesy tertarik dgn baris 'perbuatan membazir amalan syaitan'..sedarlh wahai rakan2 sekalian, betapa hinanya kita jika membazir kerana akn menjadi saudara syaitan.syaitan makhluk yg dilaknat Allah.Dgn itu, sama2 lh kita renunginya.
ReplyDeleteair akan berkurangan dari semasa ke semasa, sekiranya langkah penjimatan air tidak diambil segera, maka dibimbangi malaysia suatu ari nti akan berhadapan dgn masalah kurangnya bekalan air yg bersih....
ReplyDeleteFikirkn la jka sumber air kita dari air yg tercemar... khidupan harian kita memerlukan air..
ReplyDelete