Pencemaran air adalah suatu masalah yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita kini. Pencemaran sungai di Malaysia pula merupakan satu masalah alam sekitar yang semakin ketara dari semasa ke semasa dan sehingga sekarang masih tiada lagi suatu cara penyelesaian secara efektif yang dapat menangani masalah ini. Pembangunan pesat negara dan proses urbanisasi adalah antara penyebab utama yang telah membawa kepada perubahan penggunaan tanah bagi sesuatu kawasan bagi menampung keperluan kegiatan ekonomi, kemudahan-kemudahan sosial dan lain-lain infrastruktur yang berkaitan. Perubahan gunatanah ini telah mendedahkan sungai kepada pelbagai tekanan yang kadangkala tidak dapat ditanggung oleh sungai, yang secara langsung menyebabkan perubahan sistem sungai bukan sahaja dari segi kualiti tetapi juga kuantiti. Sumber air mentah di negara kita kebanyakannya diperolehi terus dari sungai utama dan empangan yang dibina untuk menyimpan air. Namun, kualiti air sungai di Malaysia adalah dalam keadaan yang semakin merosot akibat daripada pencemaran alam sekitar.
Pencemaran sistem sungai yang berlaku di negara kita kebanyakannya adalah berpunca dari kelodak, pembuangan dan pelepasan sisa kumbahan dari kilang-kilang dan penempatan setinggan, di samping bahan lain seperti najis binatang, sampah sarap dan logam berat seperti arsenik, kadmium raksa dan plumbum. Dari sudut kajian hidrologi, pada amnya pencemaran air dapat diklasifikasikan kepada 3 jenis iaitu pencemaran fizikal yang merujuk kepada bahan tidak larut dalam air seperti sampah sarap daripada logam, kaca, kelodak dan kertas. Pencemaran biologi seperti najis binatang yang boleh menyebabkan kemunculan bakteria seperti Ezcherichia coli atau E Coli, cacing nematod dan mikrob lain manakala yang terakhirnya ialah pencemaran kimia iaitu bahan kimia terlarut yang terhasil daripada pencemaran fizikal dan biologi serta logam berat.
Susulan kepada jumlah permintaan air oleh pengguna yang
kian meningkat berbanding dengan jumlah kualiti air mentah yang kian menurun,
ketidakseimbangan ini lama-kelamaan akan menyebabkan kekurangan sumber air
mentah yang sesuai dan selamat dapat dibekalkan kepada masyarakat, sebagai satu
masalah besar yang akan dihadapi oleh negara.
Oleh itu, pada pendapat saya, tanggungjawab untuk
menyelesaikan masalah ini tidak harus dipikul oleh satu pihak sahaja malah
masyarakat Malaysia juga harus bekerjasama dengan pihak kerajaan terutamanya
dari segi sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan sungai, supaya program
pemulihan dan pengurusan sungai dapat dilakukan berterusan bagi menjamin
kesempurnaan ke atas regim sungai dan persekitarannya. Dengan itu, setiap orang
akan menghargai kepentingan dan kebersihan air yang sebetulnya.
Sesuatu yg sangat menyedihkn bilamana isu ini masih diambil enteng oleh sesetengah pihak. Fikirlah ke hadapn apa akn berlaku sekiranya keadaan ini berterusn dan tiada kesudahan...huuu, sangat membimbangkn....
ReplyDeletebenar kata hana..
ReplyDeleteisu air banyak kali kita dengari. Apatah lagi sejak dibangku sekolah. karangan berkaitan dengan pencemaran air bergitu popular diutarakan. Namun adakah kita dewasa ini melakukan seperti apa yang dikarang kita suatu ketika dahulu. Adakah kita melakukan dari segi kebaikan atau keburukan?renung2kan lah
sya mencadangkan,di malaysia ini ditubuhkan satu persatuan yang memprjuangkan isu penjimatan air...
ReplyDeletemasarakat perlu diajar agar menjaga kebersihan sungai sejak dibangku sekolah lagi agar mereka thu untuk menghargai kebersihan sungai kita......kempen menjaga kebersihan juga perlu lebih kerap dilakukan supaya menimbulkan kesedaran kepada masyarakat.....
ReplyDeleteamat sedih sekali dlm negara mengejar kemajuan masih ada pihak atau individu yg masih terkebelakang dgn sikap negatif yang tidak tahu menjaga kebersihan air termasuk air sungai.mereka suka membuang sampah ke dalam sungai, parit, longkang.ini telh menyebbkan pencemaran air dan alam sekaligus memberi impak negatif pada masyarakat di sekitarnya.
ReplyDeleteBuatlah brpe bnyk kmpen pn. klu xde ksdran dri sia2 je bt kmpen..
ReplyDeletekesedaran xkn dtg sendiri sbb ia perlu dipupuk....jd lau xde kempen mcm mne org ramai nk sedar.....
ReplyDeletemasyarakat perlu ade kesedaran yang mendalam..ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting..
ReplyDeletekeadaan yang sungguh menyedihkan seperti ini banyak terdapat di Malaysia...diharap agar semua warga malaysia bekerjasama membasmi masalah ini sebelum masalah yang lebih teruk berlaku.....
ReplyDelete