Thursday, December 23, 2010

ARTIKEL PILIHAN-Kepentingan Air Kepada Manusia


Kepentingan Air Kepada Manusia
oleh Nur Hayati bt Khaja Nazimuddeen


Mungkin bagi kebanyakan kita, air seolah-olah tidak memainkan peranan yang begitu penting. Namun pada hakikatnya air, selain oksigen, merupakan bahan yang paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya. Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong  baru-baru ini, hanya 50 peratus daripada mereka minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang lain-lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja.

            Sebenarnya, kita perlu memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air dan menggalakkan kanak-kanak berbuat sedemikian. Amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidratan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut akan terjaga.

           Kita memperoleh air daripada cecair seperti air paip, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita.
            
          Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.
           
         Jumlah air yang hilang sebagai keringat adalah berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bergantung juga pada suasana sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan. Dalam kegiatan biasa, kita mengeluarkan kira-kira 500-600 ml peluh sehari. Input air perlulah sekurang-kurangnya sama dengan output air. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat, dan kegiatan fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh mereka adalah kecil, mereka akan mengalami pendehidratan yang cepat. Selain itu, keperluan air meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa di luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik yang berhawa dingin.

8 comments:

  1. Saya setuju dengan artikel yang diutarakan. Mungkin selama ini kita memikirkan pentingnya air hanya sebagai minuman dan keperluan harian untuk memasak, mencuci dan sebagainya. Namun kita terlepas pandang tentang kualiti air tersebut. Oleh itu sama-samalah kita menggunakan air dengan sebaiknya dan yang penting jaga persekitaran agar kita memperoleh kualiti air yang suci bersih.

    ReplyDelete
  2. saya bersetuju dengan artikal tersebut..Oleh kerana kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran kita harus mempunyai kesedaran yang mendalam tentang pentingnya air di dalam kehidupan seharian kita dan kepada semua kehidupan dengan kesedaran itu kita semua akan lebih menghargai air dan menjaga kualiti air..

    ReplyDelete
  3. apa yang kita sedia maklum air adalah elok untuk sistem percernaan, jd kita perlu banyak minum air yang bersih untuk mengelakkan mendapan sisa-sisa yang tidak elok...........

    ReplyDelete
  4. saya juga amat bersetuju betapa air penting pd badan.Bertambah-tambah lg apabila bru2 ini sy mendapat sakit yg berkaitan kekurangan air dlm badan.Dari situlh sy semakin rasa ingin menghargai air dan akn memastikan setiap hari sekurang2nya air yg diminum cukup utk badan.

    ReplyDelete
  5. benar kata amnah..
    air perlu secukupnya didalam badan bagi memastikkan sistem dalaman badan berada didalam keadaan yang baik.Serta membantu melancarkan sistem pencernaan juga

    ReplyDelete
  6. air memang amat penting, bukan sahaja kepada manusia, malah kepada makhluk lain juga.....

    ReplyDelete
  7. TERIMA KASIH,..SAYA MINTAK IZIM NK GUNA TAU

    ReplyDelete