Tuesday, April 26, 2011

BAHAYA KLORIN DALAM AIR !!!!!


Tahukah anda bahawa air paip yang diminum dan digunakan sejak sekian lama, adalah salah satu penyebab barah yang utama? Ini bukanlah satu fakta baru yang mengejutkan. Para saintis telah mengkaji mengenai air paip yang dirawat menggunakan klorin dan kesannya terhadap hidupan.

Seorang saintis bernama Dr. Herbert Schwartz menulis - "Klorin sangat berbahaya. Ia patut diharamkan!! !!!. Menambah klorin ke dalam air sama seperti memulakan satu bom jangka dan membuatkan kita tua sebelum masanya dengan munculnya bermacam-macam simptom penyakit."

Air paip tidak sekadar mengandungi klorin, tetapi terlalu banyak bahan tercemar terkandung di dalam air dan berpuluh-puluh jenis racun seperti arsenik, ubat gegat, plumbum, raksa dan banyak lagi keladak
daripada baja, racun serangga, racun rumpai dan bahan buangan industri. Pendeknya, jumlah kompoun yang terdapat di dalam air, secara langsung atau tidak langsung, adalah menghairankan. Di US, lebih 2100 bahan organik dan bukan organik telah dikenal pasti dalam air paip yang disalurkan ke rumah-rumah. Daripada jumlah itu, 190 daripadanya telah disahkan memberi kesan kepada kesihatan.

Penyakit yang datang daripada air tercemar amat banyak!!!!. Telah terbukti akhir-akhir ini, air menjadi salah satu penyebab utama kepada lebih daripada 30 jenis penyakit termasuk barah, asthma, diabetis, bisa tulang dan lain-lain. Untuk menjamin tubuh badan yang sihat, tidak memadai sekadar meminum air yang mencukupi setiap hari, tetapi air tersebut hendaklah berkualiti dan tidak mengandungi bahan-bahan beracun.

Seorang pakar motivasi kesihatan yang tidak asing lagi di negara kita, air memberi kesan yang cukup ketara terhadap kesihatan seseorang itu. Beliau yang pernah menghidap barah darah (Non-Hodgkins
Lymphoma) beberapa ketika dahulu mendapati, pengambilan air yang berbeza memberi kesan yang berbeza terhadap kesakitan yang dialaminya setiap hari. Sebagai pakar motivasi kesihatan yang sentiasa
mengamalkan gaya hidup sihat, beliau menyedari bahawa air paip yang digunakan sebagai air minuman sejak sekian lama itulah yang menjadi sebab utama kepada penyakit barah yang dihidapinya.

"Semasa menjalani sesi kimoterapi, saya amat sensitif kepada jenis air yang saya ambil. Ketika itu saya terpaksa mencari air yang tiada 5K (klorin, karat, kuman, kimia dan kotoran) untuk menjamin agar sel-
sel badan saya sentiasa sihat.

Terdapat pelbagai jenis air untuk kesihatan yang terjual di pasaran negara kita. Misalnya air mineral, air RO (reverse osmosis), air oksigen, air beralkali di samping pelbagai jenis dan bentuk penapis air yang berfungsi meningkatkan kualiti air tersebut. Sebagai
pengguna, kita harus bijak memilih air yang terbaik untuk 'mandian' sel-sel di dalam tubuh kita yang sentiasa dahagakan air. Air yang rendah kualitinya tidak dapat memberi tenaga kepada tubuh, sehingga
menjadikan seseorang itu berasa lemah, hilang semangat, mengantuk, lembab dan malas.

"Kita tak sedar selama ini bahawa sel-sel tubuh kita sengsara kerana tidak mendapat air yang berkualiti. Air yang diminum mestilah yang terbaik. Ia mestilah bersih, tulen dan menyihatkan. Ia juga harus memulih, memperbaiki dan membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan," dan menyarankan agar setiap rumah menyediakan penapis air yang baik, dan menganggapnya sebagai satu keutamaan yang perlu diberi perhatian.

"Pada zaman moden ini, kebanyakan rakyat kita sudah mampu menyediakan pelbagai peralatan dan kemudahan di rumah seperti televisyen, telefon
bimbit, kereta dan sebagainya. Oleh itu tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh menyediakan kemudahan untuk kesihatan. Tidak sepatutnya kita menunggu sakit, baru hendak mencari penawar. Sebelum sakit, kita perlu menghindarinya. Kalau sudah sakit, kita terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi dan tidak menjamin sihat sepenuhnya di samping menyakitkan, " ujar beliau.

Beliau menyedari bahawa kebanyakan rakyat Malaysia kurang bersenam dan tidak mengambil berat tentang kesihatan. Oleh itu, pada masa ini beliau giat berkempen agar rakyat Malaysia mengambil air yang
berkualiti untuk menjamin kesihatan yang baik, kerana air merupakan keperluan utama yang tidak boleh diabaikan.

Wednesday, February 23, 2011

ARTIKEL-KEAJAIBAN AIR


Keajaiban Air
Tahukah anda bahawa air meliputi 70 peratus daripada permukaan bumi. Air juga boleh berada dalam tiga benuk iaitu pepejal (ais), cecair (air) dan gas (wap). Pada dasarnya setiap orang memerlukan air untuk terus hidup.
Banyak penyakit dapat disembuhkan melalui air. Oleh itu, kita digalakkan minum lapan gelas besar air setiap hari. Ini bukan sahaja membantu meyegarkan badan dari terhidrat malah menjadi sebab kesembuhan banyak penyakit.
Antara penyakit yang dapat disembuhkan ialah sakit kepala, haid yang tidak teratur, kegemukan, radang selaput lendir, gangguan jantung, sembelit, batuk dan banyak lagi. Dengan minum air yang banyak, usus akan bekerja dengan lebih efektif lagi dan membentuk darah baru.
Darah merupakan perkara yang terpenting dalam menyembuhkan penyakit dan memlihara kesihatan.

7 Keajaiban Air Kepada Manusia:               
         i.            Menambahkan kekuatan tenaga.
       ii.            Meningkatkan keupayaan mental dan fizikal.
      iii.            Membuang toksin dan bahan-bahan yang tidak diperlukan badan.
     iv.             Menyihatkan kulit dan membuatkannya berseri.
      v.            Melegakan sakit kepala.
     vi.            Memperbaiki sistem pencernaan.
   vii.            Menyeimbangkan pH badan.

Terapi Air:       
Terapi air merupakan salah satu kaedah yang diamalkan dalam perubatan sejak dahulu lagi. Ini kerana cara ini dilihat lebih murah dan berkesan dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Air berkesan merawat penyakit dengan izin Allah.
Sebagai contoh jika merawat pesakit yang kena gangguan biasanya bila mereka minum air yang didoakan,bermacam-macam ragam yang dapat diperhatikan. Antaranya sakit-sakit di tempat-tempat tertentu, lenguh badan, ada yang enggan membuka mulut dan kena paksa minum, ada yang menjerit dan sebagainya. Antara keajaiban air ni rupa-rupanya dapat merakam percakapan kita, kalau baik kita cakap maka baiklah jadinya dan kalau jahat percakapan kita maka jahatlah jadinya.
Ini telah dibuktikan penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun. Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut. Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak, pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah ditunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.
Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut. Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina ( dengan janggut yang panjang dan perut buncit ).
Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.
Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jaz, para imam.
Berikut ialah contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang telah didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr Masaru Emoto melalui kajiannya.              
 Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan kata yang baik kepadanya:           






 
Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan perkataan yang buruk kepadanya:







Inilah satu keajaiban Allah s.wt yang menciptakan sesuatu yang menakjubkan. Bayangkan kalau air itu diucapkan kalimah Allah s.w.t. tentulah lagi berkilaulah cahaya molekulnya.

Thursday, February 10, 2011

RAHSIA KEHEBATAN AIR



Firman Allah S.W.T : 

“Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup” (Surah Al-Anbia, ayat 30 )

Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya!

Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?

Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus diletakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita?

Maka air sebenarnya sangat penting untuk tubuh badan kita berfungsi dengan baik. Dengan air ia akan melicinkan pergerakan kita dan ia akan membuatkan kita lebih mudah berfikir. Sebab itu tidak hairanlah pelajar Cina memang pandai dan cerdik. Hal ini kerana dengan meminum air yang secukupnya, ia akan membantu otak kita berfungsi dengan lebih pantas dan laju. Tidak hairanlah orang cina memang suka membawa air putih ke mana-mana mereka berada.

Di dalam kajian islam pula, seorang saintis dari Jepun telah mengkaji kesan air kepada ayat al-Quran. Kajian ini dilakukan dengan menguji air putih di dalam kontena yang besar. Prof ini telah mengenakan air dengan muzik rock. Seterusnya prof melihat molekul air tersebut. Ternyata molekul air tu sangat teruk. Berpecah-pecah dan tidak teratur. Selepas itu, prof mengenakan dengan ayat al-quran. Ternyata apabila dilihatkan hasilnya memang sangat jernih dan tersusun molekul-molekulnya. Molekul-molekulnya seperti kristal. Bersinar dengan cantik sekali. Begitulah kehebatan ayat al-quran. Oleh itu, memang ada hikmahnya Allah s.w.t menyuruh kita membaca doa sebelum minum dan makan.
Maka benarlah kata-kata Rasullullah SAW marhumnya :

Kenalilah diri kamu rata-rata, barulah kamu kenal Tuhan yang nyata“.

Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat yang sudah pun bertekanan rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah” yang “berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu.Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar suatu “Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalanNya!

Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang Al-Quran. Persetubuhan, suami isteri wajib mandi wajib. Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu kita mestilah menghormati air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta jangan membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis. Oleh itu, sama-samalah kita mennghayati akan anugerah Allah yang hebat ini.

Sumber:
Disediakan Oleh:
Dayang Siti Zulaiha bt. Abang Kamarud-din

Friday, January 28, 2011

ARTIKEL-Air Sebagai Nikmat Allah

Air di dalam kehidupan amat penting dan begitu besar maknanya. Mekanisme kehidupan yang kompleks tidak mungkin dapat berfungsi hanya dalam satu lingkungan selain dalam lingkungan cair, dan satu-satunya cairan itu adalah air. Sebahagian besar bumi kita adalah air, bahkan sebahagian besar daripada diri kita sebagai manusia juga adalah air. Menarik untuk diketahui bahawa air merupakan tiga perempat daripada bahagian bumi dan diri manusia juga memiliki jumlah air yang serupa dalam tubuh.

Kepentingan tersebut amat selari dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“…Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan daripada air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” 
(al-Anbiya: 30) 

Ini bererti segala yang hidup memerlukan air dan pemeliharaan serta pemuliharaan segala hidupan adalah dengan air. Bagaimanapun, hari ini apa yang sudah terjadi dengan air sungai yang kotor dan berbau najis, pencemaran demi pencemaran terus berlaku dengan rakusnya akibat tangan-tangan manusia itu sendiri.

Justeru, kegagalan manusia memenuhi kehendak Allah s.w.t dalam menjalin hubungan dengan alam sekitar akan menyebabkan munculnya gejala ketidakseimbangan ekologi, kerosakan-kerosakan alam, banjir, kemarau dan lain-lain lagi. Ini adalah implikasi daripada aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri.

Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud: 

“Tiga perkara yang tidak boleh disekat (daripada penggunaan ramai) adalah air, padang ragut dan juga api.”

Ini bererti segala yang hidup memerlukan air dan pemeliharaan serta pemuliharaan segala hidupan adalah dengan air. Bagaimanapun, hari ini apa yang sudah terjadi dengan air sungai yang kotor dan berbau najis, pencemaran demi pencemaran terus berlaku akibat tangan-tangan manusia itu sendiri. 

Banyak faktor yang mengakibatkan terjadinya kemusnahan alam dan pencemaran sungai di merata-rata tempat sekarang ini. Faktor yang paling utama adalah kerana perbuatan manusia yang mudah sekali membuat kerosakan dan menjauhi peraturan-peraturan daripada Pencipta-Nya baik dalam sikap, cara berfikir mahupun bertindak. 

Oleh sebab sumber bencana itu datangnya daripada diri manusia, dan cara mengatasinya pula haruslah daripada manusia itu sendiri. Penyalahgunaan alam sekitar atau lebih tepat lagi mengeksploitasi alam sekitar mengikut hawa nafsu akan menyebabkan ketidakseimbangan unsur-unsur di alam ini. Allah s.w.t telah menegaskan bahawa setiap ciptaan-Nya adalah mengikut kadar yang seimbang (tawazun). 

Justeru, kegagalan manusia memenuhi kehendak Allah s.w.t dalam menjalin hubungan dengan alam sekitar akan menyebabkan munculnya gejala ketidakseimbangan ekologi, kerosakan-kerosakan alam, banjir, kemarau dan lain-lain lagi. Ini adalah implikasi daripada aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri. 

Membuang najis ke dalam air yang tidak mengalir adalah dilarang oleh Islam. Apatah lagi membuang sisa-sisa toksid, bahan buangan dari kilang-kilang ke dalam air yang akhirnya akan membahayakan orang ramai juga diri si pencemar itu sendiri. 

Kita perlu memetik pengajaran daripada persoalan air ini. Antara lain, bahawa walau air selalu mengalir ke tempat yang rendah, dan mengambil bentuk bekas yang memuatkannya, namun amat kuat serta gagah dan semua makhluk memerlukannya. Janganlah cuba-cuba membendung air, ia akan berputar dan berputar, menggerakkan segala yang berada di sekitarnya. Ia juga akan selalu mencari jalan keluar dari apa yang membendung laluannya. Apabila terus dibendung, pada akhirnya ia akan meledakkan penghalangnya dan memusnahkan semua yang ada di sekelilingnya. 

Demikianlah, semua kerosakan yang ada di dunia ini bersumber daripada kezaliman umat manusia, dan semua kehancuran yang terjadi di alam semesta ini adalah lantaran kejahatan umat manusia. Justeru, azab Tuhan yang turun itu merupakan refleksi daripada kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh manusia. Manusia tidak menjadi amanah lagi pada diri sendiri, pada alam, pada tuhannya dan menjadi sombong dan merasakan dialah yang paling kuat dan gagah. 

Manusia kemudian tidak mahu bersyukur atas nikmat-Nya, suka membantah, melampui batas dan berlaku zalim, tapi sekali gus bodoh terhadap dirinya sendiri. 

Renungilah bersama akan hakikat ini. Barangkali dapat kita amati salah satu iktibar terhebat dalam sejarah keagungan zaman silam; bagaimana Siti Hajar dan Ismail yang terlontar di padang pasir, disebabkan pancutan air dari hentakan tapak kaki Ismail, telah merintis kepada terbinanya sebuah tamadun yang gemilang. Alangkah hebatnya kurniaan Allah s.w.t itu.

Sumber : http://ummatanwasatan.net

Tuesday, January 18, 2011

Hebatnya air dalam kehidupan


Air di dalam kehidupan amat penting dan begitu besar maknanya. Mekanisme kehidupan yang kompleks tidak mungkin dapat berfungsi hanya dalam satu lingkungan selain dalam lingkungan cair, dan satu-satunya cairan itu adalah air. Sebahagian besar bumi kita adalah air, bahkan sebahagian besar daripada diri kita sebagai manusia juga adalah air. Menarik untuk diketahui bahawa air merupakan tiga perempat daripada bahagian bumi dan diri manusia juga memiliki jumlah air yang serupa dalam tubuh. 

Kepentingan tersebut amat selari dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: 

“…Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan daripada air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (al-Anbiya: 30) 

Ini bererti segala yang hidup memerlukan air dan pemeliharaan serta pemuliharaan segala hidupan adalah dengan air. Bagaimanapun, hari ini apa yang sudah terjadi dengan air sungai yang kotor dan berbau najis, pencemaran demi pencemaran terus berlaku akibat tangan-tangan manusia itu sendiri. 

Banyak faktor yang mengakibatkan terjadinya kemusnahan alam dan pencemaran sungai di merata-rata tempat sekarang ini. Faktor yang paling utama adalah kerana perbuatan manusia yang mudah sekali membuat kerosakan dan menjauhi peraturan-peraturan daripada Pencipta-Nya baik dalam sikap, cara berfikir mahupun bertindak. 

Oleh sebab sumber bencana itu datangnya daripada diri manusia, dan cara mengatasinya pula haruslah daripada manusia itu sendiri. Penyalahgunaan alam sekitar atau lebih tepat lagi mengeksploitasi alam sekitar mengikut hawa nafsu akan menyebabkan ketidakseimbangan unsur-unsur di alam ini. Allah s.w.t telah menegaskan bahawa setiap ciptaan-Nya adalah mengikut kadar yang seimbang (tawazun). 

Justeru, kegagalan manusia memenuhi kehendak Allah s.w.t dalam menjalin hubungan dengan alam sekitar akan menyebabkan munculnya gejala ketidakseimbangan ekologi, kerosakan-kerosakan alam, banjir, kemarau dan lain-lain lagi. Ini adalah implikasi daripada aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri. 

Membuang najis ke dalam air yang tidak mengalir adalah dilarang oleh Islam. Apatah lagi membuang sisa-sisa toksid, bahan buangan dari kilang-kilang ke dalam air yang akhirnya akan membahayakan orang ramai juga diri si pencemar itu sendiri. 

Kita perlu memetik pengajaran daripada persoalan air ini. Antara lain, bahawa walau air selalu mengalir ke tempat yang rendah, dan mengambil bentuk bekas yang memuatkannya, namun amat kuat serta gagah dan semua makhluk memerlukannya. Janganlah cuba-cuba membendung air, ia akan berputar dan berputar, menggerakkan segala yang berada di sekitarnya. Ia juga akan selalu mencari jalan keluar dari apa yang membendung laluannya. Apabila terus dibendung, pada akhirnya ia akan meledakkan penghalangnya dan memusnahkan semua yang ada di sekelilingnya. 

Demikianlah, semua kerosakan yang ada di dunia ini bersumber daripada kezaliman umat manusia, dan semua kehancuran yang terjadi di alam semesta ini adalah lantaran kejahatan umat manusia. Justeru, azab Tuhan yang turun itu merupakan refleksi daripada kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh manusia. Manusia tidak menjadi amanah lagi pada diri sendiri, pada alam, pada tuhannya dan menjadi sombong dan merasakan dialah yang paling kuat dan gagah. 

Manusia kemudian tidak mahu bersyukur atas nikmat-Nya, suka membantah, melampui batas dan berlaku zalim, tapi sekali gus bodoh terhadap dirinya sendiri. 

Renungilah bersama akan hakikat ini. Barangkali dapat kita amati salah satu iktibar terhebat dalam sejarah keagungan zaman silam; bagaimana Siti Hajar dan Ismail yang terlontar di padang pasir, disebabkan pancutan air dari hentakan tapak kaki Ismail, telah merintis kepada terbinanya sebuah tamadun yang gemilang. Alangkah hebatnya kurniaan Allah s.w.t itu.

Sumber : http://ummatanwasatan.net

BERSAMA MENGELAKKAN KRISIS AIR YANG BERLAKU, 1 Februari 2011



Menurut  laporan akhbar baru-baru ini, krisis air bakal berlaku pada tahun ini ekoran daripada tanda kemarau di seluruh negara. Sejarah krisis air yang berlaku di Melaka pada tahun 1990 dan kemudiannya krisis yang sama menimpa penduduk Selangor lapan tahun berikutnya, sudah cukup menbebankan penduduk. Bagi mereka yang telah mengharungi pahit-getir hidup tanpa bekalan air, igauan buruk ini sudah tentunya diharapkan tidak akan berulang. Sewajarnya pihak kerajaan mempunyai jalan penyelesaian dan cadangan dalam menangani kemelut yang bakal melanda penduduk di Malaysia.

Sebagaimana yang kita ketahui air adalah sumber kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “..dan kami jadikan dari air tiap-tiap benda hidup”(surah al-anbiya, ayat 27). Ayat ini jelas menunjukkan bahawa menjadi tanggungjawab kita menjaga air supaya ia sentiasa selamat dan tidak tercemar. Dan diantara bukti kekuasaan Allah ialah didalam surah As-sajdah ayat 27, Allah s.w.t berfirman: dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternakan mereka dan mereka sendiri. Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati semuanya itu supaya taat dan bersyukur. Ayat ini jelas menerangkan bahawa air merupakan sumber yang penting bagi kehidupan di bumi, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama memelihara segala nikmat yang di berikan oleh Yang Maha Kuasa.

Mengikut fakta, 75% tubuh manusia terdiri daripada cecair, hanya 25% daripadanya ialah pepejal. Melalui beberapa proses seperti pepeluhan dan pernafasan  tubuh kita akan kehilangan 10 gelas air sehari. Seandainya tidak diganti dengan air yang bersih dan selamat, manusia akan mati dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengganggarkan 2010, kurang 1 bilion manusia akan menghadapi masalah kekurangan air untuk diminum. Dijangka pada tahun 2030 lebih 3 bilion manusia menghadapi krisis air. Untuk memenuhi keperluan kehidupan manusia kerajaan terpaksa membayar harga yang sangat tinggi untuk mendapatkan air pada masa hadapan.

Secara kesimpulannya, menjadi tanggungjawab kita bersama agar isu krisis air yang  melanda negara kita ini sentiasa dapat dielakkan. Semua pihak perlu mengambil bahagian dan  berganding bahu agar isu seperti dapat diatasi.

Sumber Rujukan:

Disediakan Oleh : Rafidah Atikah ( Pelatih PPIM dari USIM )