Thursday, February 10, 2011

RAHSIA KEHEBATAN AIR



Firman Allah S.W.T : 

“Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup” (Surah Al-Anbia, ayat 30 )

Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya!

Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?

Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus diletakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita?

Maka air sebenarnya sangat penting untuk tubuh badan kita berfungsi dengan baik. Dengan air ia akan melicinkan pergerakan kita dan ia akan membuatkan kita lebih mudah berfikir. Sebab itu tidak hairanlah pelajar Cina memang pandai dan cerdik. Hal ini kerana dengan meminum air yang secukupnya, ia akan membantu otak kita berfungsi dengan lebih pantas dan laju. Tidak hairanlah orang cina memang suka membawa air putih ke mana-mana mereka berada.

Di dalam kajian islam pula, seorang saintis dari Jepun telah mengkaji kesan air kepada ayat al-Quran. Kajian ini dilakukan dengan menguji air putih di dalam kontena yang besar. Prof ini telah mengenakan air dengan muzik rock. Seterusnya prof melihat molekul air tersebut. Ternyata molekul air tu sangat teruk. Berpecah-pecah dan tidak teratur. Selepas itu, prof mengenakan dengan ayat al-quran. Ternyata apabila dilihatkan hasilnya memang sangat jernih dan tersusun molekul-molekulnya. Molekul-molekulnya seperti kristal. Bersinar dengan cantik sekali. Begitulah kehebatan ayat al-quran. Oleh itu, memang ada hikmahnya Allah s.w.t menyuruh kita membaca doa sebelum minum dan makan.
Maka benarlah kata-kata Rasullullah SAW marhumnya :

Kenalilah diri kamu rata-rata, barulah kamu kenal Tuhan yang nyata“.

Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat yang sudah pun bertekanan rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah” yang “berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu.Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar suatu “Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalanNya!

Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang Al-Quran. Persetubuhan, suami isteri wajib mandi wajib. Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu kita mestilah menghormati air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta jangan membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis. Oleh itu, sama-samalah kita mennghayati akan anugerah Allah yang hebat ini.

Sumber:
Disediakan Oleh:
Dayang Siti Zulaiha bt. Abang Kamarud-din

8 comments:

  1. hebat sungguh anugerah Allah ini......jadi sama-samalah kita menghargainya dan bukan mempersiakannya....

    ReplyDelete
  2. bagus..tq info yang berguna diatas...

    p/s: PEMBETULAN berdasarkan petikan (hadis) diatas:

    Maka benarlah kata-kata Rasullullah SAW marhumnya :

    “Kenalilah diri kamu rata-rata, barulah kamu kenal Tuhan yang nyata“.

    # petikan diatas bukanlah kata-kata( hadis) daripada rasulullah SAW..

    ReplyDelete
  3. tq di atas teguran dan pembetulan.....saya akan cuba untuk memperbaiki diri dan cuba yang terbaik pada masa akan datang...segala teguran adalah sesuatu yang membina jati diri kita....dan beringatlah bahawa setiap insan tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. penjagaan air adalh tanggngjwb kt bersama...jd insn y lbih prihatin...

    ReplyDelete
  6. ,subhanallah...perkara yg sering terlepas pandang.

    ReplyDelete